Bengkel Tiny Techies: Robotik
23 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Februari 2025, Sabtu, seramai enam (6) orang peserta daripada Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menyertai Bengkel Tiny Techies: Robotik yang bermula daripada pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengahari. Bengkel tersebut telah bersiaran langsung di platform Youtube.
Tujuan bengkel ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai mengenai asas robotik, termasuk konsep pemrograman mudah, pergerakan robot, serta penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan minat pelajar terhadap STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik), malah turut menggalakkan kreativiti serta kemahiran penyelesaian masalah dalam kalangan mereka.
Bengkel seperti ini diharapkan dapat menjadi platform bagi pelajar untuk meneroka dunia teknologi dengan lebih mendalam serta membina asas kukuh dalam bidang robotik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: